Saturday, December 17, 2011

Selamat langkah ke umur baru adik kuuu

Tulisan curahan pertama ini
Bukan mengadakan pujian hambar
Tulisan ini sahaja untuk
Manusia yang akan mencerahi masa kami
Aku menunding ini untuk NUREN AFIRA
Kepada dikenali adik ku kedua di belakangnya
Tujuh belas tarikh persalinan umur
Umur yang mara akan tinggi
Dan tiba akhirnya di dua belas tahun
Warna-warni kami mengelilingi dia
Pelangi girang
Pelangi suram
Denganya
Ada tika merah menyala-nyala hati ku
ada tika putih buah kapas hati ku
Mengendali kawalan kerenahnya
Yang entah penuh jika di jadikan kamus
Adikku
Aku baca satu demi satu kata roh mu
Tatkala aku mengisar kasar komunikasi ku
Suku dua puluh jam
Masa aku terlajak bicara cara ku kepada mu
Ampunkan nista ku
Aku lakukan sebab 
Satu
Untuk kau menjadi gadis bermaruah :')

Sunday, December 11, 2011

Menyelusuri di setiap ceruk lubuk di bandaraya.

Sudah sekian lama. lama ke ? baruu 2 bulan 2 minggu 2 hari 2 jam 2 minit 2 saat aku tidak menghirup udara di tengah kota kebanggaan rakyat jelata johor bahru.


Pada pendahuluan nya. nawaitu untuk menyelusuri kota itu bukan dirancang dengan begitu teliti mahupun serapi-rapi. sekadar terlintas untuk berkujung ke kawasan yang tak pernah melelelapkan mata. paham kan maksud aku ?


Berbagai-bagai berwarna-warni ragam kerenah yang timbul di kota itu tadi. ada lah sesuku ragam kerenah yang membuat kan dahi aku berkerut. berkerut sebab pelik adaa jugak figura manusia yang tak mahir menonjolkan sifat sebagai manusia yang di anugerahkan akal. aku bukan nak hina caci keji mereka ini. tapi mereka buat satu aktiviti yang tak patut mereka lakukan di tepi jalanan. apa aktiviti itu ? hewhew. ada otak ada akal cuba teka..


Tapak rizab kegemaran aku ialah. BAZAR KARAT atau PASAR KARAT. dalam buku sejarah kau ada tak kenapa tempat tu dinamakam sedemikian. pada pendapat aku yang bangsat ni. aku rasa mungkin tempat itu sewaktu ketika dahulu ialah tapak pengumpulan objek-objek karat lah. termasuk lah kereta dah berkarat. speda dah berkarat. kuali periuk yang tuli karatnya. okay stop. kembali ke subjek asal. pasar karat bagi aku satu port yang memang strategik untuk pemuda-pemudi membuang sisa harinya di situ. sebab apa ? sebab tempat itu agak unik. pelbagai variasi bahan jualan yang ada. yang aku rasa tak ada cuma. sayur kangkung lobak merah ikan kerapu takde lahh. hehe.


okay lah. makin panjang cerpen aku ni. makin besar peluang merapu tu terselah di setiap bait-bait ayat aku. assalamualaikum. syukran jazilan. :)

Saturday, December 10, 2011

Puisi ku yang tak berapa nak teliti. SIRI 1

PERHATI...DIPERHATI...MEMERHATI

Setiap gerak-geri diperhati
Pemerhatian kau begitu teliti sehingga kau terasa seperti tidak di situasi realiti
Kau begitu mengamati setiap gerak geri
Mengapakah kau MEMERHATI gaya kami ?
apakah kau tidak memiliki jiwa gaya tersendiri di naluri yang telah dianugerahkan
Agak aku kau mungkin berpegang erat satu prinsip

Dengar dengan teliti,
Dimana hala tuju kau ?
Apakah rasional mentaliti kau ?
cuba lah menjawab di setiap pertanyaan ku !
Tak begitu susah dan payah kan untuk menjawab

Di waktu ini baru ku fahami tindak-tanduk kau yang jelik itu
Kau meniru identiti mereka sendiri tanpa usul periksa
Tanpa usul mengerti secara meluas
Tanpa kau mengetahui identiti mereka suci murni
Atau songsang

Apakah kau sengaja mengaburkan mata jiwa kau itu ?
Wahai pemerhati
Cukuplah sekadar memerhati
Bukan di ajar MENGIKUTI identiti mereka sepenuhnya
Cukup lah sekadar kau tahu identiti dan gerak geri yang dipergayakan
Di cermin bebola mata kau
Kesat kan habuk kabus
Di mata jiwa kau itu
Supaya tidak menghalangkan mata jiwa
Untuk mereka bentuk IDENTITI KAU SENDIRI
Supaya kau boleh menyelongkar dengan selesa
Untuk mendapatkan identiti kau sendiri..

Selamat membuat lawatan tak formal di sini :)

Assalamualaikum. aku sudah kembali kepada alam blogger. wajah blog aku ni pun bertukar gamaknyeww. lebih membosankan jika dibandingkan dengan dulu. nama pengenalan blog aku pun baruu. ber"revolusi". tujuan aku kembali ke pangkuan blog ni bukan nak share hasil seni gambar aku yang sangat jahil tu. tapi aku nak berkongsi penulisan aku. tak kiree lahh puisi ke sajak ke bajak ke(ada ke ?) hewhew. apa2 yang berhubung kait dengan sastera bahasa MELAYU. jika ada waktu yang tak iri hati akan ku berusaha menulis segala apa yang mula melintas di ruang akal atau perasaan aku.  sekian. terima kasih ehh