Thursday, June 21, 2012

Berharga la dia

Tidak ada yang paling mewah selain helaian rambut ikalnya
Dan membelai satu mimpi paling indah
Tidak ada yang paling menawan selain senyumnya
Dan mengamatinya satu paling beruntung
Tidak ada paling berkilau selain bola matanya
Dan merenung sedalam-dalam menggegar jiwa


p/s: budak pontian yang kecik2 tuu

Wednesday, June 20, 2012

Malam Ketiga

Masanya tiba firasat aku kata
Tapi pokoknya aku kata tidak
Tidak akan
Dia terlalu dekat denganya
Dan aku "strangers"
Yang tiada segan silu
Menumpang sayang


Atau sebelum ini cuma khayalan
Dan bait-bait ayat itu bohong
Darinya untuk aku
Deria aku tidak berfungsi 
Dikala ini
Apa aku baca nyata realiti
Bukan fantasi


Satu kata
Semua bahana timpa
Dan aku sakit perit
Cuba meloloskan dari semuanya
Aku tidak harap
Bahawa dia perlu aku
Mewarnai hidupnya


Sebab aku adalah
"Strangers"


p/s: Aku kalah la dekat sini 

Sunday, June 17, 2012

Tidak semuaa jadi

Adanya sudah di tenang sasarannya
Tapi tak juga di tarik picunya
Sebabnya gugup masih melekat di jiwa
Bila ada kedua
Lagi pula putus asa mula mendarat


Dan segan pula mahu belegar di angkasa
Semula
Bila penguatkuasa muncul
Susah dan berat juga
Mahu mengusirnya


Aku mahu itu
Mahu sasaran itu tepat
Dan cepat peluru ku menyusup
Aku lemah bersaing
Mahu terhidang sedia di depan
Bola mata


Mula pula bakar semangat
Mahu dia
Tapi tidak lah membara
Moga-moga dia sempat
Ada di jiwa
Sebentar atau lama
Usah di kira


p/s: i miss u