Sunday, December 11, 2011

Menyelusuri di setiap ceruk lubuk di bandaraya.

Sudah sekian lama. lama ke ? baruu 2 bulan 2 minggu 2 hari 2 jam 2 minit 2 saat aku tidak menghirup udara di tengah kota kebanggaan rakyat jelata johor bahru.


Pada pendahuluan nya. nawaitu untuk menyelusuri kota itu bukan dirancang dengan begitu teliti mahupun serapi-rapi. sekadar terlintas untuk berkujung ke kawasan yang tak pernah melelelapkan mata. paham kan maksud aku ?


Berbagai-bagai berwarna-warni ragam kerenah yang timbul di kota itu tadi. ada lah sesuku ragam kerenah yang membuat kan dahi aku berkerut. berkerut sebab pelik adaa jugak figura manusia yang tak mahir menonjolkan sifat sebagai manusia yang di anugerahkan akal. aku bukan nak hina caci keji mereka ini. tapi mereka buat satu aktiviti yang tak patut mereka lakukan di tepi jalanan. apa aktiviti itu ? hewhew. ada otak ada akal cuba teka..


Tapak rizab kegemaran aku ialah. BAZAR KARAT atau PASAR KARAT. dalam buku sejarah kau ada tak kenapa tempat tu dinamakam sedemikian. pada pendapat aku yang bangsat ni. aku rasa mungkin tempat itu sewaktu ketika dahulu ialah tapak pengumpulan objek-objek karat lah. termasuk lah kereta dah berkarat. speda dah berkarat. kuali periuk yang tuli karatnya. okay stop. kembali ke subjek asal. pasar karat bagi aku satu port yang memang strategik untuk pemuda-pemudi membuang sisa harinya di situ. sebab apa ? sebab tempat itu agak unik. pelbagai variasi bahan jualan yang ada. yang aku rasa tak ada cuma. sayur kangkung lobak merah ikan kerapu takde lahh. hehe.


okay lah. makin panjang cerpen aku ni. makin besar peluang merapu tu terselah di setiap bait-bait ayat aku. assalamualaikum. syukran jazilan. :)

No comments:

Post a Comment