Tuesday, August 14, 2012

No Title

Bulan ini roh akan keluar senyap-senyap
Dari tubuh faiz
Sebabnya dari dalam diri dia sendiri
Faiz merencana keputusan 
Yang roh buat itu

6 bulan roh itu menetap di tubuhnya
1 roh 1 jasad fizikal
Begitulah si faiz
Dia tak punya roh yang berseri-seri lagi
Dia cuma ada satu

Kini roh itu mahu terbang dengan penghuni bumi
Kesukaanya
Dia akan tinggal faiz terperuk di atas sana
Dengan titis demi titis air mata terhempas

Sakitnya saat roh keluar
Hanya tuhan dan tuan punya badan punya cerita
Tak kuasa menerangkan
Meraung hati sakit
Perit

Tapi
Faiz tidak marah roh itu
Sebabnya faiz mengusirnya
Dengan gurauan sebodohnya
Padan la muka faiz

Selama roh ada dia cuba
Membahagia kan roh itu
Berlagak romantik
Faiz tahu roh itu tak bahagia
Tapi dia tetap nak cuba 

Biarlah dia pergi dengan penghuni bumi
Aku mahu dia merasai bahagia tanpa aku

Biarlah jasad tanpa roh ini
Terbiar berulat
Bernanah
Membusuk di tepi parit berlindir itu

p/s: ampunkan aku.

No comments:

Post a Comment